ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.
NURFAYYADHAHTUL SYAFAWANI BINTI KAMSANI. NINETEEN. KL.
MAY ALLAH BLESS YOU ALL. AMIN.

HEROES : ALLAH SWT, NABI MUHAMMAD SAW, FAMILY AND FRIENDS


Hamba Allah sekalian, shukran (:

Monday, May 12, 2014

Aqidah Umat Islam

Assalamualaikum wbt. Bismillahirrahmanirrahim. Dah lama saya tak update blog. Hari ini saya nak update tentang topik usrah saya baru-baru ini.

AQIDAH UMAT ISLAM

Surah Al- Buruj, ayat 1-10

Jikalau anda semua memahami makna ayat tersebut, ia menceritakan tentang kisah Ashabul Kahfi. Pada masa dahulu raja-raja bergantung kepada ahli sihir untuk mengukuhkan takhta kerajaan mereka. Sihir digunakan oleh pemerintah untuk menipu orang ramai yang menyebabkan mereka menjadikan raja sebagai tuhan selain daripada Allah SWT. Namun tiba-tiba raja diberitahu bahawa orang ramai yang menyaksikan kejadian itu telah beriman kepada Allah. Raja itu pun dengan segera mengarahkan semua pegawai dan sekutu-sekutunya menggali parit dan menyalakan api ke dalamnya dengan menghumbankan setiap orang yang beriman kepada Allah ke dalamnya. Namun, semua orang yang beriman itu lebih rela dihumbankan ke dalam api tersebut kerana api neraka di hari qiamat lebih ditakuti oleh mereka daripada api dunia, begitulah pendirian orang mukmin yang sebenarnya.

Begitu juga kisah Ashabul Kahfi, para penghuni gua itu berjumlah 7 orang. Mereka dipercayai hidup dalam zaman Maharaja Dikyanus yang menyembah berhala dan dikenali sangat bengis dan zalimnya. Kerana enggan tunduk kepada perintah Dikyanus yang menyembah berhala, tujuh orang pemuda itu pun lari dan bersembunyi di dalam sebuah gua untuk bermalam sementara sebelum meneruskan perjalanan ke tempat yang lebih jauh.

Tetapi bila mereka tidur pada malam itu, mereka tidak tahu bahawa Allah telah menidurkan mereka bukan hanya satu malam tetapi 309 tahun.

Manusia biasa yang tidur selama 309 tahun pastilah mati. Selama itu tubuh mereka pastilah hancur dan pakaian mereka reput. Tetapi Allah memelihara tubuh dan pakaian Ashabul Kahfi itu seperti asalnya. Bila mereka dibangunkan oleh Allah dari tidur itu, dan melihat perubahan besar yang berlaku di negeri mereka , barulah mereka sedar bahawa mereka telah tidur di dalam gua itu terlalu lama.

Berdasarkan kisah-kisah tersebut, kita dpt membandingkan aqidah umat Islam ketika itu dan pada masa kini. Betapa kuatnya aqidah dan kepercayaan mereka kepada Allah SWT sehinggakan mereka rela diseksa sehingga ke nafas yang terakhir seperti Sumayyah, Bilal bin Rabbah. Setandingkah kita dgn mereka ? Kuatkah aqidah kita dan kepercayaan kita kpd Allah SWT ? Mengertikah kita sebenarnya apa itu aqidah ?

Aqidah dari segi Bahasa berasal daripada perkataan Arab, aqad yang bermaksud ikatan. Dari segi istilah, kepercayaan yang kuat terhadap sesuatu. Kita berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Cuba kita muhasabah diri, siapakah diri kita sebenarnya ? Dari mana asal kita ? Sahabat sekalian, kita berasal daripada tanah dan air mani. Betapa hinanya kita, namun kita masih bongkak, bangga diri. Nauzubillah minzalik. Seterusnya, pegangan aqidah kita haruslah berlandaskan aqidah yang sahih. Kita beramal dengan Mazhab Syafie. Dgn memegang satu mazhab menjadikan kita berdisiplin.

UNSUR PEMBENTUKAN AQIDAH

1.    Berpegang kpd rukun Iman.
•    Kita imbas kembali, rukun Iman ada 6 perkara ; beriman kpd Allah SWT, beriman kpd Malaikat, beriman kpd Nabi & Rasul, beriman kpd kitab, beriman kpd hari kiamat dan beriman kpd Qada’ & Qadar.
2.    Mendidik hati
•    Hati merupakan kerajaan kpd diri kita. Pengawas kpd diri. Dgn mendidik hati, dalaman kita akan baik. Maka luaran pun baik.
3.    Amal & perbuatan
•    Sekiranya ada ilmu, tapi tidak beramal dikatakan khianat.
•    Tidak berilmu tapi beramal dikatakan sesat.
•    Jaga hubungan kita dgn Allah. Maka Allah akan jaga hubungan kita dgn manusia. Pada masa yg sama, akhlak kita terserlah.
•    Sekiranya anda sedar kehidupan kita kucar-kacir, check balik solat anda. Solat itu tiang agama. Solat itu perbicaraan kita dgn Allah SWT. Hargai masa pada waktu solat tersebut kerna tidak selalu kita dapat meluangkan masa bersamaNya. InsyaAllah.

Aqidah yang mantap, iman tak goyah. Maka dgn ini kita tidak mudah terpengaruh dgn ajaran sesat yg semakin berleluasa pada masa kini. Jaga hati kita. Jaga iman. Mati tidak mengenal waktu. Malaikat Izrael mengelilingi kita 70x sehari ! Dan cara kita hidup menentukan cara kita mati kelak.

Alhamdulillah, semoga kita tergolong dalam golongan yang diredhai Allah. Pesanan saya, jagalah hubungan kita dengan Allah. Maka Allah akan permudahkan segalanya. Malah Allah jaga hubungan kita dengan manusia. Sebarang pertanyaan boleh komen pada post ini. Sekian.