Assalamualaikum wbt.
Dugaan & cabaran banyak mengajar kita erti kehidupan. Benar bukan ? Sebegitu juga dgn kehidupan ana. Kehidupan ana di tempat pengajian ana, alhamdulillah banyak mengubah ana menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Ana ingin sekali mendalami ilmu Allah, mendekati Allah & Rasulullah. Namun, apakan daya. pengaruh dunia kuat mempengaruhi kita. Ana memohon kepada Allah SWT agar ana dikuatkan iman.Tidak dipengaruhi dgn perkembangan dunia. Kerana ana tahu ianya hanya sementara.
Alhamdulillah, ana bersyukur dgn perubahan ana. Walaupun ianya tidak cukup sempurna, tapi ana akan tetap terus mencuba. Hanya utk mendapat keredhaan-Nya. InsyaAllah. Ana juga didampingi oleh rakan-rakan hamba yg selalu menyokong hamba untuk berubah. Rakan banyak mempengaruhi kita semua bukan ? Ana harap rakan-rakan ana yg baru ini dapat membimbing ana ke jalan yg diredhai Allah. Syukran sahabat. Terima kasih kerana selalu berada di samping ana, menasihati ana.
Tabahkanlah hatimu menempuh dugaan dunia ini, kelak akan dibayar di dunia atau di akhirat kelak. Allahuakhbar. Namun, ana tidak sempurna lagi dalam menunaikan kewajipan ana sebagai khalifah Allah SWT. Ana akan terus mencuba & cuba. InsyaAllah, Allah akan membimbing kita semua jikalau kita ikhlas. Tetapi perubahan ana bukannya secara mendadak. Ana berubah secara perlahan. Perubahan mengambil masa bukan ? Ingatlah Allah always with all of us. Dia Maha Mengetahui. Bersama kita mendapatkan keredhaan-Nya.