ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.
NURFAYYADHAHTUL SYAFAWANI BINTI KAMSANI. NINETEEN. KL.
MAY ALLAH BLESS YOU ALL. AMIN.

HEROES : ALLAH SWT, NABI MUHAMMAD SAW, FAMILY AND FRIENDS


Hamba Allah sekalian, shukran (:

Tuesday, June 18, 2013

The Right Path


Assalamualaikum wbt. 

Kali ini saya akan menulis post ini dalam bahasa Malaysia agar ia senang difahami. Saudara & saudari ku, maafkanlah saya kerna selama ini hamba tidak sempurna. Dalam berdakwah, dalam kehidupan saya sendiri. Manusia di dalam dunia ini takkan pernah lari daripada melakukan kesilapan bukan ? 

Saya telah melalui perit, duka dalam kehidupan ini. Saya terlalu leka, alpa dgn kehidupan di dunia. Yg belum pasti menjadi milik saya sepenuhnya. Saya menangis seperti orang yg tidak waras. Menjerit seperti orang yg tiada arah tuju. Ya, saya hilang arah. Saya tersesat. Bebanan & dugaan yg Allah turunkan tidak mampu untuk saya pikul. Berat sekali. Namun, saya terus memohon kepada Yang Maha Esa. Kekuatan, ketabahan & kesabaran yg tinggi utk menempuhnya. Seperti apa yg kalian baca pada post saya yg sebelum ini, itulah satu dugaan yg membuatkan saya terumbang-ambing. Saya seperti berputus asa. Tetapi saya terus mencuba & cuba utk menguatkan diri ini dgn berdoa kepada-Nya. Selain drpd sahabat saya, Allah SWT sahaja lah tempat saya meluahkan & mengadu segala-galanya. Saya menangis sekuat hati kerna kesakitan yg dialami di dalam diri saya. Saya cuba utk menenangkan diri, memotivasikan diri. Mempositifkan fikiran saya. Hanya segelintir sahabat saya yg mengetahui tentang perkara ini. Memang saya tidak kuat utk memikulnya.

Tetapi, pada hari ini. Saya mengerti. Saya faham. Setiap apa yg Allah duga. Setiap apa yg Allah uji. Pasti ada hikmah akhirnya. Alhamdulillah, bersyukur kpd Ilahi. Dia telah membawa saya ke jalan-Nya kembali. Setelah saya sesat & terpesong di jalan yg salah. Terumbang-ambing seperti burung yg patah sayapnya. Saya menangis memohon ampun kepada-Nya. Atas segala kesalahan & dosa saya pada-Nya. Allah Maha Pemurah, Maha Pemaaf. Dia telah membawa saya kembali semula kepada-Nya. Betapa indahnya, tenangnya berada dekatnya. Saya sedar, pabila berada jauh dgn-Nya saya hilang arah tanpa tujuan. Tapi dgn hanya satu cahaya yg telah menyinari di dalam hati saya ini, semuanya berubah menjadi tenang. Ya, mungkin permulaannya sukar utk menerima segala yg telah terjadi ini. Tapi saya tahu, Allah selalu ada di sisi saya. Walaupun zahirnya, saya tidak melihatnya. Tapi hati saya dapat merasakannya. Dia selalu ada dgn saya. Berkongsi segala kesedihan & keperitan saya.

Ya Allah, hamba bersyukur. Kerna Engkau sentiasa tidak putus mengampunkan hamba Mu ini. Yg telah byk melakukan dosa kepada-Mu. Terima kasih. Alhamdulillah 3x 

:')