ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.
NURFAYYADHAHTUL SYAFAWANI BINTI KAMSANI. NINETEEN. KL.
MAY ALLAH BLESS YOU ALL. AMIN.

HEROES : ALLAH SWT, NABI MUHAMMAD SAW, FAMILY AND FRIENDS


Hamba Allah sekalian, shukran (:

Wednesday, January 01, 2014

Ahlan wa sahlan 2014

Assalamualaikum akhi ukhti. Apa khabar semua ? Semoga kalian dalam keadaan sihat sejahtera di samping Allah SWT.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Berakhirnya sudah tahun 2013. Sungguh pantas masa berlalu tanpa kita sedari. Banyak telah dari semasa ke semasa. 2013 telah banyak mengajar saya erti kehidupan. Dari segi keluarga, persahabatan, cinta & agama saya. Perjalanan aku dahulunya perit. Menanggung kesedihan tanpa saya sedari Allah di sisi saya. Menguji tahap keimanan saya. Terlalu cepat saya berprasangka buruk kepadaNya. Astaghfirullah. Namun Allah Maha Kaya. Allah Maha Mengetahui. Niat saya untuk berhijrah mendapat keredhaan dariNya. Mendapat keberkatanNya. Kegembiraan dtg mengekori saya. Segala yg susah menjadi senang. Segala yg beban saya yg berat menjadi ringan. Allahu. Dia membimbing saya di kala saya hilang cahaya hidup saya. Dia membawa saya ke jalan yg saya dambakan selama ini. Pemurahnya Kau ya Allah sedangkan pada dahulunya saya mendustaiMu. Melanggar perintahMu. Terlalu hina diri ini. Namun Allah, Kau tidak pernah berputus asa dgn diri ini.

Tahun yang baru. Azam yang baru. Saya berazam untuk menjadi yg lebih baik dari sebelumNya. Anak yg solehah. Kakak yg penyayang. Sahabat yg memahami. Pelajar yg cemerlang. Dan hambaNya yg solehah. SyurgaNya yg saya kejari. Indahnya syurga itu sedangkan saya sendiri tidak membayanginya. Tahun 2013 tanpa saya sedari telah berakhir. Umur saya meningkat tua. Sudah menjejak 20 tahun. Subhanallah. Saya bersyukur sehingga ke hari ini masih diberikan kesempatan oleh Allah SWT utk berpijak di bumi ini. Bernafas dgn udara yg dikurniakanNya. Bernyawa dgn denyutan nadi yg diberikanNya. Namun kadang saya terfikir. Apakah saya masih mempunyai masa lagi di dunia ini ? Bilakah ajal saya ? Apakah saya sudah bersedia ? Allahu akhbar. Perancangan Allah tidak mampu kita ketahui. Tapi saya yakin akan perancanganNya itu. 

Semoga tahun yg baru ini dapat saya perbaiki diri lagi. Mengenali Tuhanku dgn lebih lagi. Mengenali agamaku dgn mendalam lagi. InsyaAllah.